Wednesday, July 9, 2014

PANDUAN PERMOHONAN NAMA PERNIAGAAN

PANDUAN PERMOHONAN NAMA PERNIAGAAN
1. Nama perniagaan merupakan gaya atau tajuk yang digunakan bagi
pengenalan sesuatu perniagaan yang dijalankan.
2. Nama perniagaan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:
a) Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad
pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama
perniagaan.
Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l
Mutusamy.
b) Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan
perlu mendapat kelulusan Pendaftar Perniagaan,
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu.
Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS
Unggul Enterprise.
Prosedur
1. Lengkapkan Borang Kelulusan Nama Perniagaan (Borang
PNA.42) dengan tiga cadangan nama perniagaan. Nama
perniagaan akan diluluskan mengikut susunan keutamaan.
Lampirkan bersama Borang Pendaftaran Perniagaan Baru
(Borang A) di kaunter SSM.
2. Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu pemilik atau rakan
kongsi perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM atau
secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web
SSM di www.ssm.com.my
Maklumat Tambahan
1. Nama perniagaan hendaklah tidak terlalu panjang iaitu tidak
melebihi lima puluh (50) huruf termasuk ruang di antara
perkataan.
2. Penggunaan angka, tanda dan simbol tidak dibenarkan sebagai
sebahagian daripada nama perniagaan.
3. Penggunaan perkataan yang diwartakan di bawah Warta
Kerajaan Bil 716 bertarikh 30 Januari 1997, Warta Pindaan
2001 dan nama-nama yang dikawal secara pentadbiran di
bawah Akta Syarikat 1965 juga akan dikawal penggunaannya
sebagai nama perniagaan. Warta Kerajaan dan Garis Panduan
Nama Syarikat boleh dirujuk dengan melayari laman web SSM
di www.ssm.com.my
4. Penggunaan perkataan Taska, Pusat Jagaan, Tadika, Pusat
Tuisyen, Kolej dan Sekolah Pendidikan mestilah mendapat
kelulusan nama perniagaan di SSM terlebih dahulu dan dirujuk
kepada agensi yang berkenaan untuk mendapatkan surat
kebenaran/sokongan sebelum perniagaan didaftarkan.
5. Nama perniagaan didaftarkan bersesuaian dengan jenis
perniagaan yang dijalankan.
6. Nama perniagaan yang telah didaftarkan tidak boleh diubah
atau ditukar.
KAEDAH 15, KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN PERNIAGAAN
1957
Nama-Nama yang tidak boleh didaftarkan kecuali dengan
kelulusan Menteri
(1) Kecuali dengan kelulusan Menteri, tiada perniagaan boleh
didaftarkan dengan suatu nama yang –
(a) mengandungi mana-mana perkataan yang mencadangkan
perhubungan dengan Yang di Pertuan Agong, Raja Permaisuri
Agong atau Raja sesebuah Negeri atau seorang kerabat Diraja
atau naungan diraja termasuk perkataan-perkataan “Diraja”
atau mana-mana ungkapan persamaan yang mengandungi
makna yang sama;
(b) mengandungi mana-mana perkataan yang mencadangkan
perhubungan dengan Jabatan Kerajaan Persekutuan atau
Negeri, badan berkuasa, pihak berkuasa atau agensi atau
mana-mana perbadanan atau lain-lain pihak berkuasa
tempatan, termasuk perkataan-perkataan seperti
“Persekutuan”, “Negeri” atau “Kebangsaan”;
(c) mengandungi mana-mana perkataan yang mencadangkan
perhubungan dengan mana-mana kerajaan Asean, Komenwel
atau lain-lain kerajaan asing atau dengan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu atau lain-lain organisasi antarabangsa;
(d) mengandungi perkataan-perkataan “Chartered” atau manamana
perkataan-perkataan yang mencadangkan perhubungan
dengan mana-mana Pertubuhan atau badan yang
diperbadankan oleh “Royal Charter”;
(e) mengandungi perkataan-perkataan “Persatuan” “Kesatuan”,
“Yayasan”, “Amanah”, “Angkatan”, “Koperasi”, “Antarabangsa”
atau mana-mana ungkapan yang mengandungi makna yang
sama;
(f) mengandungi mana-mana perkataan yang buruk atau yang
mungkin menyinggung perasaan masyarakat;
(g) mengandungi mana-mana perkataan yang mengelirukan
tentang jenis, skop atau kepentingan perniagaan yang
dijalankan atau yang akan dijalankan di bawah nama tersebut;
(h) mengandungi mana-mana perkataan yang menyinggung
perasaan mana-mana kaum atau agama.
(2) Pendaftar dengan kebenaran Menteri boleh menghadkan
penggunaan apa-apa nama lain yang pada pendapatnya adalah tidak
wajar dan Pendaftar hendaklah menyebabkan nama-nama tersebut
disiarkan di dalam Warta.
WARTA KERAJAAN BIL 716 BERTARIKH 30 JANUARI 1997
Arahan Menteri di bawah Seksyen 22(1) dan 341 Akta
Syarikat 1965
Menurut peruntukan di bawah seksyen 22(1) dan 341 Akta Syarikat
1965, Menteri mengarahkan Pendaftar Syarikat supaya tidak
menerima untuk pendaftaran nama sesebuah syarikat atau syarikat
asing sekiranya nama itu suatu nama ataupun nama daripada jenis
yang disebutkan di dalam Jadual melainkan kelulusan Menteri telah
diperolehi terlebih dahulu.
JADUAL
(a) nama-nama yang membayangkan kaitan dengan ahli Keluarga
Diraja atau naungan Diraja termasuk nama-nama yang mengandungi
perkataan seperti ”Diraja”, “Raja”, “Permaisuri”, “Putera”, “Puteri”,
“Mahkota”, “Raja Muda” atau “Yang/Maha Mulia”;
(b) nama-nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Jabatan
Kerajaan Negeri atau Persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa
atau agensi kerajaan atau mana-mana majlis perbandaran ataupun
pihak berkuasa tempatan yang lain termasuk nama-nama yang
mengandungi perkataan-perkataan seperti “Persekutuan”, “Negeri”
atau “Nasional”;
(c) nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Kerajaan
Negara Asean, Komanwel atau kerajaan asing atau Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana pertubuhan antarabangsa
atau kartel termasuk nama yang mengandungi perkataan seperti
“ASEAN”, “UNESCO”, “NATO”, “EEC” atau “OPEC”;
(d) nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu parti politik,
pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi atau persatuan pembinaan;
(e) nama yang termasuk perkataan yang berikut atau apa-apa
perkataan yang sama maksud dengannya:
“Amanah”, “Amanah Saham”, “Bank”, “Bursa”, “Bumiputra”, “Biro”,
“Buatan Malaysia”, “Dewan Perniagaan dan Perindustrian”, “Dewan
Pengeluaran”, “Eksekutor”, “Harga Patut”, “Institut”, “Insurans”,
“Jaminan”, “Jurubank”, “Kewangan”, “Khazanah”, “Kredit”, “Kolej”,
“Majlis”, “Pengguna”, “Pelaburan”, “Pejabat Pendaftaran”, “Pajakan”,
“Perdana”, “Tauliah”, “Tabung”, “Universiti”, “Urusan Bank” atau
“Yayasan”;
(f) nama yang mengelirukan dari segi identiti, jenis, objek atau
tujuan sesebuah syarikat atau yang mengelirukan dengan apa jua
cara lain;
(g) nama yang mencerca atau yang mungkin dianggap menghina
oleh orang-orang awam; dan
(h) nama yang –
(i) diterjemahkan daripada nama syarikat atau syarikat asing
yang didaftarkan di bawah Akta; atau
(ii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama
mana-mana syarikat tempatan atau syarikat asing lain yang
didaftarkan di bawah Akta; atau
(iii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama
yang telah disimpan bagi tujuan penubuhan suatu syarikat baru
atau pendaftaran suatu syarikat asing ataupun bagi tujuan
penukaran nama suatu syarikat tempatan atau syarikat asing
yang didaftarkan di bawah Akta.

No comments:

Post a Comment